Sunday, 27 August 2017

SAJAK

SAJAK
Negara Malaysia Negara Merdeka
Berbilang Bangsa Pelbagai Agama
Hidup di bawah Satu Pemerintahan
Mendukung Murni Satu Cita – Cita


Tragedi 13 Mei 1969 Menjadi Igauan
Sehingga Tercetus Ideologi Negara
Yang Adil Lagi Saksama
Rukun Negara diberi Nama


Lima Prinsip telah Termaktub
Merangkumi Segala Aspek dan Sudut
Mengambil Kira Segala Kepentingan
Melahirkan Masyarakat yang Adil Lagi Demokratik




PENGAJARAN

PENGAJARAN


Secara kesuluruhan terdapat beberapa pengajaran yang boleh kita jadikan sebagai panduan untuk menaikkan semangat mencintai Rukun Negara. Antara pengajaran yang diperolehi, rakyat Malaysia harus mengambil ikthibar daripada rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Selain itu, rakyat Malaysia perlu mengamalkan cara hidup demokratik supaya dapat mencinta masyarakat yang adil demi kemakmuran negara. Rakyat Malaysia haruslah menerima dan mematuhi peraturan dan undang - undang yang dikuatkuasakan sebagai amalan hidup Malaysia.

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada segala pihak yang membantu kami secara langsung dan tidak langsung untuk membuat e – blog ini. Sekalung penghargaan ingin kami berikan kepada pensyarah kami, Pn. Fadzilah yang memberikan bimbingan dan mengorbankan masa beliau bagi projek ini. Sekian, Terima Kasih.


KESIMPULAN

KESIMPULAN
Rukun negara dicipta ekoran daripada rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Tragedi ini telah menyebabkan semua rakyat Malaysia mengetahui betapa pentingnya bersatu padu dan hidup dengan aman dan damai serta dapat menghindari sifat curiga mencurigai antara stu sama lain. Perpaduan kaum pula adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara di dunia termasuklah Malaysia. Ia penting kerana tanpa perpaduan sesebuah negara itu akan menjadi lemah, sukar untuk dibangunkan dan mudah diancam sama ada oleh kuasa luar atau dalam negara itu sendiri.
Oleh itu, kewujudan Rukun negara ini menjadi satu titik permulaan ke arah pencapaian perpaduan dalam kalangan semua etnik di Malaysia. Apabila rakyat Malaysia menghayati maksud Rukun negara dengan sepenuhnya, maka ia akan memudahkan proses pentadbiran negara kerana rakyat mula sedar tentang konsep hormat – menghormati antara satu sama lain tanpa warna kulit, latar belakang dan budaya sesuatu masyarakat.Sehubungan dengan itu,matlamat Rukun negara dapat dicapai dengan mudah tanpa prejudis.
Perpaduan kaum adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara di dunia termasuklah Malaysia.ia penting kerana tanpa perpaduan,sesebuah negara itu akan menjadi lemah,sukar untuk dibangunkan dan mudah diancam sama ada oleh kuasa luar atau dalam negara itu sendiri.
Mengamalkan Rukun negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu,bermuhibah tanpa mengira kaum serta bersikap saling menghormati di antara satu sama lain.Melalut perpaduan akan dapat membantu negara kita mempertingkatkan dan mempegiatkan lagi pertumbuhan ekonomi,mengekalkan kestabilan politik dan system pemerintahan negara yang bersifat liberal dan demokratik.
Rentetan beberapa peristiwa – peristiwa kebelakangan ini memberikan gambaran bahawa prinsip Rukun negara seolah – olah sudah dilupakan serta tidal lagi relevan dalam konteks kehidupan hari ini.Tindakan seperti mempertikaikan kuasa raja – raja melayu; kedudukan agama islam sebagai agama rasmi; kedudukan istimewa orang melayu dan bumiputera serta protes dan demonterasi jalanan memberi gambaran jelas bahawa prinsip seperti kesetiaan kepada Raja dan negara,  Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang – Undang sudah tidak lagi diambil kira apabila pihak yang terbabit membuat percaturan.
Janganlah kita menggadaikan keamanan yang dikecapi oleh wira – wira Malaysia. Jangan kita lupa bahawa iklim kemakmuran dari keamanan negara yang selama ini dikecapi hanyalah mainan mimpi bagi sesetengah rakyat negara asing.

Mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu, muhibah tanpa mengira kaum serta bersikap saling menghormati antara satu sama lain. Melalui perpaduan yang mampan akan dapat membantu negara mempertingkatkan dan mempergiatkan pertumbuhan ekonomi, mengekalkan kestabilan politik dan sistem pemerintahan negara yang demokratik.