Sunday 27 August 2017

KESIMPULAN

KESIMPULAN
Rukun negara dicipta ekoran daripada rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Tragedi ini telah menyebabkan semua rakyat Malaysia mengetahui betapa pentingnya bersatu padu dan hidup dengan aman dan damai serta dapat menghindari sifat curiga mencurigai antara stu sama lain. Perpaduan kaum pula adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara di dunia termasuklah Malaysia. Ia penting kerana tanpa perpaduan sesebuah negara itu akan menjadi lemah, sukar untuk dibangunkan dan mudah diancam sama ada oleh kuasa luar atau dalam negara itu sendiri.
Oleh itu, kewujudan Rukun negara ini menjadi satu titik permulaan ke arah pencapaian perpaduan dalam kalangan semua etnik di Malaysia. Apabila rakyat Malaysia menghayati maksud Rukun negara dengan sepenuhnya, maka ia akan memudahkan proses pentadbiran negara kerana rakyat mula sedar tentang konsep hormat – menghormati antara satu sama lain tanpa warna kulit, latar belakang dan budaya sesuatu masyarakat.Sehubungan dengan itu,matlamat Rukun negara dapat dicapai dengan mudah tanpa prejudis.
Perpaduan kaum adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara di dunia termasuklah Malaysia.ia penting kerana tanpa perpaduan,sesebuah negara itu akan menjadi lemah,sukar untuk dibangunkan dan mudah diancam sama ada oleh kuasa luar atau dalam negara itu sendiri.
Mengamalkan Rukun negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu,bermuhibah tanpa mengira kaum serta bersikap saling menghormati di antara satu sama lain.Melalut perpaduan akan dapat membantu negara kita mempertingkatkan dan mempegiatkan lagi pertumbuhan ekonomi,mengekalkan kestabilan politik dan system pemerintahan negara yang bersifat liberal dan demokratik.
Rentetan beberapa peristiwa – peristiwa kebelakangan ini memberikan gambaran bahawa prinsip Rukun negara seolah – olah sudah dilupakan serta tidal lagi relevan dalam konteks kehidupan hari ini.Tindakan seperti mempertikaikan kuasa raja – raja melayu; kedudukan agama islam sebagai agama rasmi; kedudukan istimewa orang melayu dan bumiputera serta protes dan demonterasi jalanan memberi gambaran jelas bahawa prinsip seperti kesetiaan kepada Raja dan negara,  Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang – Undang sudah tidak lagi diambil kira apabila pihak yang terbabit membuat percaturan.
Janganlah kita menggadaikan keamanan yang dikecapi oleh wira – wira Malaysia. Jangan kita lupa bahawa iklim kemakmuran dari keamanan negara yang selama ini dikecapi hanyalah mainan mimpi bagi sesetengah rakyat negara asing.

Mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu, muhibah tanpa mengira kaum serta bersikap saling menghormati antara satu sama lain. Melalui perpaduan yang mampan akan dapat membantu negara mempertingkatkan dan mempergiatkan pertumbuhan ekonomi, mengekalkan kestabilan politik dan sistem pemerintahan negara yang demokratik.

No comments:

Post a Comment