Sunday 27 August 2017

SEJARAH RUKUN NEGARA

SEJARAH RUKUN NEGARA
Rukun Negara merupakan satu ideologi negara yang tercipta ekoran daripada berlakunya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu bukti berlakunya permusuhan kaum yang sangat dahsyat suatu ketika dahulu.



Permusuhan dan berbalahan ini berlaku akibat ketidakadilan layanan yang diterima oleh masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Perkara ini berakar umbi sejak pemerintahan British, kemudian diteruskan dengan penjajahan Jepun yang ternyata memberi layanan istimewa kepada kaum Melayu. Keadaan demikian telah menjadi ‘barah’ sehingga tercetusnya peristiwa ini.
Masyarakat Malaysia seharusnya mengambil iktibar dan pengajaran daripada Peristiwa 13 Mei 1969 supaya negara terus dalam keasdaan aman dan makmur. Oleh itu, masyarakat Malaysia perlu berpegang kepada prinsip – prinsip Rukun Negara yang telah ditetapkan.


Menurut Kamus Dewan (2005), Rukun Negara ialah falsafah negara Malaysia yang mendukung lima prinsip penting, iaitu:


            i.  Kepercayaan kepada Tuhan
           ii.  Kesetiaan kepada Raja dan Negara
          iii.  Keluhuran Perlembagaan
          iv.  Kedaulatan Undang – Undang
           v.  Kesopanan dan Kesusilaan

Rukun negara dihasilkan berdasar keperluan agama, bangsa, dan negara.

Yang di – Pertuan Agong (YDPA) telah mengisytiharkan darurat ekoran huru – hara tercetus pada 13 MEI 1969. Semasa darurat, negara ditadbir oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN). MAGERAN pun telah menubuhkan Majlis Perundingan Negara (MPN) yang bertanggungjawab menggubal Rukun Negara. Rukun Negara merupakan ideologi negara dalam membentuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Ideologi ini tercetus dalam mesyuarat pertama MPN pada 27 Januari 1970 dan diisytihar secara rasmi oleh YDPA pada 31 Ogos 1970 ketika sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia. Objektif Rukun Negara adalah seperti yang berikut:


a)    Mencapai perpaduan yang erat dalam kalangan masyarakat Malaysia.
b)   Memelihara satu cara hidup yang demokratik.
c)    Melahirkan sebuah masyarakat yang adil supaya dapat menikmati kemakmuran bersama.
d)   Membentuk masyarakat liberal terhadap kebudayaan masing – masing.
e)    Membina masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi moden.

Untuk mencapai objektif tersebut, setiap rakyat Malaysia perlu menghayati sepenuhnya prinsip – prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara. Lima prinsip Rukun Negara yang digubal ini mampu memperkukuh dan mengeratkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Oleh itu, Rukun Negara sangat penting sebagai peraturan dan norma hidup bagi mewujudkan perpaduan dalam kalangan pelbagai kelompok etnik di negara ini.



Rujukan: https://ms.wikipedia.org/wiki/Rukun_Negara

4 comments:

  1. Rukun Negara Berasal Dari ilham Auliya Illah Almarhum Tg.Haji Che Ahmad (Pondok Tanjung Pagar, ketereh,KB, Kelantan.)

    ReplyDelete
  2. The best casino apps for Android and iOS
    Find 경상북도 출장마사지 the 동해 출장샵 best 서울특별 출장마사지 casino apps, mobile apps and reviews in 2021. We have all the 울산광역 출장안마 best Android gambling apps for Android, 부천 출장안마 iOS, Mac and Windows Phone.

    ReplyDelete