Sunday 27 August 2017

PENGENALAN

PENGENALAN


Elangeswari A/P Vijaya Mani

16DEP16F2003


Raywathi Malar A/P Muniandy

16DEE16F2002







Shalini Priya A/P Devadass

16DEE16F2010






Shangkari A/P Mani Segaran

16DEE16F2013






SEJARAH RUKUN NEGARA

SEJARAH RUKUN NEGARA
Rukun Negara merupakan satu ideologi negara yang tercipta ekoran daripada berlakunya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu bukti berlakunya permusuhan kaum yang sangat dahsyat suatu ketika dahulu.



Permusuhan dan berbalahan ini berlaku akibat ketidakadilan layanan yang diterima oleh masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Perkara ini berakar umbi sejak pemerintahan British, kemudian diteruskan dengan penjajahan Jepun yang ternyata memberi layanan istimewa kepada kaum Melayu. Keadaan demikian telah menjadi ‘barah’ sehingga tercetusnya peristiwa ini.
Masyarakat Malaysia seharusnya mengambil iktibar dan pengajaran daripada Peristiwa 13 Mei 1969 supaya negara terus dalam keasdaan aman dan makmur. Oleh itu, masyarakat Malaysia perlu berpegang kepada prinsip – prinsip Rukun Negara yang telah ditetapkan.


Menurut Kamus Dewan (2005), Rukun Negara ialah falsafah negara Malaysia yang mendukung lima prinsip penting, iaitu:


            i.  Kepercayaan kepada Tuhan
           ii.  Kesetiaan kepada Raja dan Negara
          iii.  Keluhuran Perlembagaan
          iv.  Kedaulatan Undang – Undang
           v.  Kesopanan dan Kesusilaan

Rukun negara dihasilkan berdasar keperluan agama, bangsa, dan negara.

Yang di – Pertuan Agong (YDPA) telah mengisytiharkan darurat ekoran huru – hara tercetus pada 13 MEI 1969. Semasa darurat, negara ditadbir oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN). MAGERAN pun telah menubuhkan Majlis Perundingan Negara (MPN) yang bertanggungjawab menggubal Rukun Negara. Rukun Negara merupakan ideologi negara dalam membentuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Ideologi ini tercetus dalam mesyuarat pertama MPN pada 27 Januari 1970 dan diisytihar secara rasmi oleh YDPA pada 31 Ogos 1970 ketika sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia. Objektif Rukun Negara adalah seperti yang berikut:


a)    Mencapai perpaduan yang erat dalam kalangan masyarakat Malaysia.
b)   Memelihara satu cara hidup yang demokratik.
c)    Melahirkan sebuah masyarakat yang adil supaya dapat menikmati kemakmuran bersama.
d)   Membentuk masyarakat liberal terhadap kebudayaan masing – masing.
e)    Membina masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi moden.

Untuk mencapai objektif tersebut, setiap rakyat Malaysia perlu menghayati sepenuhnya prinsip – prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara. Lima prinsip Rukun Negara yang digubal ini mampu memperkukuh dan mengeratkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Oleh itu, Rukun Negara sangat penting sebagai peraturan dan norma hidup bagi mewujudkan perpaduan dalam kalangan pelbagai kelompok etnik di negara ini.



Rujukan: https://ms.wikipedia.org/wiki/Rukun_Negara

KONSEP RUKUN NEGARA

KONSEP RUKUN NEGARA
   1.    Kepercayaan kepada Tuhan
Mewujudkan ikatan agama agar masyarakat dapat membentuk fikiran, pertuturan dan perbuatan yang memanfaatkan diri serta orang lain memandangkan semua agama mengajar kebaikan.



   2.  Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Menanam sikap bertanggungjawab, sanggup berkorban demi negara dan memberi sumbangan terhadap pembangunan negara.





3. Keluhuran Perlembagaan
Membolehkan masyarakat menyedari kepentingan. Perlembagaan sebagai sumber perundangan tertingi yang harus dipatuhi demi keharmonian negara.


   4. Kedaulatan Undang – Undang
Mewujudkan masyarakat yang menghormati dan mematuhi undang-undang negara memandangkan undang-undang memberi perlindungan kepada semua anggota masyarakat.




   5.  Kesopanan dan Kesusilaan
Memupuk sahsiah mulia dalam kalangan masyarakat agar tidak menyinggung perasaan orang lain yang boleh menjejaskan keharmonian negara.



Rujukan: https://ms.wikipedia.org/wiki/Rukun_Negara


OBJEKTIF RUKUN NEGARA

OBJEKTIF RUKUN NEGARA
·        Untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan masyarakat.


·        Untuk memilihara cara hidup demokratik.
·        Untuk melahirkan masyarakat yang adil dan saksama supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara harmoni.
·        Untuk membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan mempunyai pelbagai corak lapisan kaum di kalangan masyarakat.


·        Untuk membina sebuah masyarakat yang progresif dengan adanya ilmu sains dan teknologi-teknologi yang moden.


·        Selain itu adalah untuk melahirkan semangat patriotik di kalangan masyarakat pada hari ini supaya semua lapisan masyarakat akan merasai betapa pentingnya Rukun Negara di negara kita.


Rujukan : http://dub1012-starlight.blogspot.my/2016/03/latar-belakang rukun-negara.html

KEPENTINGAN RUKUN NEGARA


KEPENTINGAN RUKUN NEGARA

1. Mencapai Perpaduan yang Lebih Erat


Huraian: Semua rakyat hendaklah mendukung cita-cita untuk membentuk satu bangsa dan negara di mana ahli-ahli masyarakatnya menganggap diri mereka sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan perbezaan kepercayaan masing-masing..



Contoh: Rakyat negara ini terdiri daripada pelbagai kaum dengan berbagai-bagai perbezaan yang wujud. Keadaan ini bertambah rumit lagi kerana wujud ketidakseimbangan ekonomi antara kaum. Sungguhpun wujud unsur-unsur perbezaan ini, melalui Rukun Negara akan dapat membentuk satu bangsa yang bersatu padu di mana semua rakyat tanpa mengira kaum mempunyai semangat kesetiaan dan perasaan cinta terhadap negara.





2. Memelihara Satu Cara Hidup Demokratik


Huraian: Perlembagaan negara menjamin kebebasan hak asasi dan kebebasan kegiatan-kegiatan berpolitik rakyat Negara ini asalkan tidak melanggar undang-undang negara. Tetapi hak –hak serta kebebasan yang diberikan ini tidak boleh disasah gunakan atas nama demokrasi untuk membakar perasaan perkauman atau bagi memusnahkan demokrasi.


Contoh: Apabila berlaku sebarang masalah yang melanda negara,kepentingan bangsa dan negara mestilah didahulukan. Kepentingan negara hendaklah diutamakan lebih daripada kepentingan sesuatu kaum, untuk memastikan kestabilan dan keselamatan negara berkekalan.



3. Mencipta Sebuah Masyarakat Yang Adil


Huraian: Semua anggota masyarakat mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kekayaan negara. Masyarakat yang adil akan wujud di negara ini jika kekayaan negara dapat dibahagikan dengan adil dan saksama.


Contoh: Bagi mencapai tujuan ini, pihak-pihak yang lemah akan dibantu supaya mereka mempunyai peluang yang sama untuk bersaing dengan pihak-pihak yang lain yang lebih maju. Masyarakat adil yang kita cita – citakan itu bebas daripada penindasan sesuatu golongan terhadap yang lain.

4. Membentuk Satu Sikap Yang Liberal.

Huraian: Masyarakat negara ini bebas mengamalkan agama. Adat resam dan kebudayaan masing-masing sesuai dengan matlamat perpaduan negara. Negara kita sesungguhnya mempunyai kekayaan dari segi kebudayaan dan adat resam yang diamalkan oleh masyarakat pelbagai kaum.


Contoh: Walaupun ada perbezaan, semua anggota masyarakat hendaklah bercita-cita untuk mewujudkan satu masyarakat dimana keadaan berlainan kebudayaan itu boleh menguntungkan dan menjadi sumber kekuatan kepada bangsa dan negara Malaysia. 




5. Membina Sebuah Masyarakat Progresif. 


Huraian: Kita bercita-cita hendak mewujudkan sebuah masyarakat progresif yang mencapai kemajuan di bidang sains dan teknologi selaras dengan perkembangan teknologi terkini serta dunia tanpa sempadan dan era globalisasi. Dunia kini sedang menyaksikan perubahan-perubahan yang begitu cepat dalam bidang ilmu pengetahuan, sains dan teknologi.


Contoh: Masyarakat progresif yang hendak diwujudkan merupakan satu masyarakat yang bergerak maju dengan kemajuan sains dan teknologi yang akhirnya akan menjadikan Malaysia sebuah negara maju sebagaimana matlamat Wawasan 2020. Tetapi kemajuan tersebut tidak akan menjadikan rakyat negara ini terkeluar daripada batas-batas agama dan nilai-nilai ketuhanan.

Rujukan: https://azemi09.wordpress.com/2015/02/14/esei-kepentingan-rukun-negara/

RUKUN NEGARA SEMAKIN DILUPAKAN

RUKUN NEGARA DOKTRIN YANG SEMAKIN DILUPAKAN

PADA 31 Ogos 1970, Rukun Negara telah diperkenalkan secara rasmi dengan harapan yang begitu tinggi supaya ia dapat membentuk keperibadian rakyat negara ini sebagai satu bangsa Malaysia yang bersatu padu.

Rukun Negara dijadikan ideologi negara dengan harapan seluruh rakyat dapat hidup dalam satu negara yang berbagai kaum, agama dan budaya.



Namun piagam dan ideologi negara yang telah berusia lebih 36 tahun ini semakin terpinggir dan dilupakan. Komposisi lima prinsip iaitu kepercayaan kepada tuhan, kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran Perlembagaan, kedaulatan undang-undang dan kesopanan dan kesusilaan tidak lebih daripada cetakan di buku latihan dan lukisan mural di dinding sekolah.

Sensitiviti kaum dan agama sudah boleh diluahkan secara terbuka. Kritikan terhadap kaum dan agama tertentu sudah menjadi kebiasaan masa kini. Budaya sesuatu kaum sudah boleh dipertikaikan dan menjadi bahan ketawa. Malah integrasi nasional antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak bukannya semakin rapat, tetapi semakin jauh untuk menjadi realiti.

Inilah antara cabaran kepada perpaduan nasional yang memegang Rukun Negara sebagai paksinya. Apakah kerana arus global dan nasional yang terlalu mengejar kebendaan dan keteguhan ekonomi mengakibatkan Rukun Negara tidak lagi menjadi doktrin setiap warganegara Malaysia dalam penerusan hidup bermasyarakat yang pelbagai warna kulit, bahasa dan kepercayaan?.

Rukun Negaralah sebenarnya penyelesai kepada segala cabaran dan permasalahan hubungan kaum di negara kita. Akibat terlampau remeh dan sengaja melupakan lima prinsip Rukun Negara, masyarakat hari ini sebenarnya bukannya maju ke hadapan dalam konteks hubungan kaum, malah melangkah mundur.

Walaupun banyak dasar dan program telah dijalankan oleh kerajaan dalam mewujudkan perpaduan, namun masih terdapat permasalahan dan cabaran yang harus ditempuh oleh pihak kerajaan dan masyarakat sendiri.

Cabaran ini adalah berteraskan kepada tiga faktor utama iaitu penduduk yang berbilang kaum, kedua, keadaan geografi yang berbeza dan ketiga, latar belakang negeri yang berbeza.

Tidak cukup sebenarnya jika kita hanya berharap kepada kerajaan untuk membentuk perpaduan nasional. Setiap rakyat negara ini sepatutnya mempunyai tanggungjawab dan kesedaran sivik yang lahir dari hati dan fikiran yang bersih dan semula jadi. Itulah rahsia jika kita ingin hidup dalam masyarakat yang pelbagai kaum. Penyataan secara bertulis dan rasmi sebenarnya telah pun ada sejak 36 tahun dahulu, iaitu Rukun Negara.




Sepatutnya pada masa kini warga Malaysia tidak lagi mempunyai sebab mengapa perpaduan nasional dan bangsa Malaysia harus menjadi masalah. Akibat sudah lupa wujudnya Rukun Negara, menyebabkan isu perkauman masih lagi menjadi isu nasional. Sebabnya masih ada lagi warganegara yang masih tidak faham hidup bermasyarakat dalam sebuah negara yang pelbagai kaum. Sudah tiada lagi toleransi dan hormat-menghormati agama dan budaya sesuatu kaum.

Sudah ada pihak yang ingin menjadi juara kepada kaumnya sendiri dengan menempelak dan mempertikaikan hak dan keistimewaan sesuatu kaum. Walaupun kita dalam era globalisasi dan ledakan teknologi maklumat yang telah banyak merubah rakyat menjadi celik maklumat, namun ia tidak sepatutnya melorongkan kita kepada buta sejarah dan keamanan.

Golongan sebegini telah lupa bahawa akibat formula kongsi kuasa, toleransi dan give and take yang menjadi amalan dan terbukti berkesan hampir 50 tahun pentadbiran negara, mereka boleh bersuara lantang dan mencetus api pergeseran kaum. Jika tiada formula tersebut, nescaya golongan antiperpaduan langsung tidak dapat bersuara pada hari ini.


Kita patut bermula dari rumah untuk memperkasakan kembali matlamat, inti pati dan ikrar Rukun Negara. Didik dan bentuk diri sendiri dan keluarga untuk menghayati kembali indahnya Rukun Negara sebagai pedoman hidup dalam masyarakat majmuk.

Yang pasti, semua pihak harus menyuburkan semula amalan dan penghayatan Rukun Negara. Bukan sekadar kerana terpaksa untuk mencetak Rukun Negara di buku latihan sekolah dan menggantung posternya di dalam pejabat, tetapi melaksanakan dan semat di hati sebagai amalan dan pedoman harian.

Rujukan: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=1218&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_09.htm

CARA - CARA UNTUK MENGHAYATI RUKUN NEGARA

CARA - CARA UNTUK MENGHAYATI RUKUN NEGARA

1. Mengadakan Kempen Kesedaran

Tujuan: Untuk menanamkan dan menghayati Prinsip Rukun Negara dalam diri individu.

Huraian: masyarakat zaman sekrang tidak mengambil peduli tenntang rukun Negara dan kesejahteraan Negara Malaysia ini.oleh itu pihak berkuasa boleh mengambil berat dan mengadakan kempen-kempen untuk memupuk sifat patriotic dalam seseorang.pihak berkuasa juga boleh mengambil berat untuk memupuk perpaduan kaum dan memastikan rakyat Malaysia mengetahui tentang maksud rukun Negara.

Contoh: Kempen ‘Cintai Rukun Negara’ dan ‘Bersama Menghayati Rukun Negara’.

2. Melalui Pendidikan

Di sekolah, pusat pengajian tinggi dll.

Contoh: Di sekolah - melalui penerapan prinsip Rukun Negaradalam mata pelajaran Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan, dan Pendidikan Moral.

Huraian: Untuk memastikan warga pendidik khususnya para 
pelajar dapat memahami dan menghormati prinsip Rukun Negara. Para guru-guru di sekolah juga mesti mengambil berat dan mengajar tentang kebaikan Rukun Negara dan maksud untuk para pelajar. Para guru juga boleh mengadakan quiz atau sesi soalan tentang Rukun Negara.

3. Peranan Media Massa

Huraian: Media massa elektronik seperti televisyen dan internet boleh menyiarkan iklan atau program yang memberi kesedaran kepada penonton untuk menghayati prinsip Rukun Negara. Media massa bercetak seperti akhbar atau majalah boleh menerbitkan artikel tentang kepentingan menghayati prinsip Rukun Negara.

Contoh: Surat khabar, iklan televisyen, dan lain – lain.

Tujuan: Untuk memastikan masyarakat mengetahui tentang kepentingan Rukun Negara dan menghayatinya.





4. Peranan Ibu Bapa

Ibu bapa bertanggungjawab mendidik anak – anak mereka supaya memahami dan menghayati prinsip Rukun Negara. Hal ini bagi memastikan anak – anak faham dan patuh serta menghayati Rukun Negara sejak dari kecil hingga dewasa seperti kata pepatah ‘kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya’.

Tujuan: Anak – anak mesti mengetahui tentang prinsip rukun Negara dan mesti mengetahui untuk hayatinya. Masyakat patriotik bermula dari kanak kanak.

Contoh: Ibu bapa boleh memberitahu anak – anak tentang cerita negara Malaysia dan menceritai tentang Rukun Negara dan langkah – langkah untuk menghayatinya.





5. Peranan Kerajaan.

Huraian: Kerajaan sememangnya mempunyai tanggunjawab yang besar bagi memastikan rakyat di neagar ini sentiasa menghayati prinsip Rukun Negara. Kerajaan boleh mengambil inisiatif seperti menganjurkan program yang bertemakan Rukun Negara bagi memastikan rakyat sentiasa menghayati prinsip Rukun Negara.

Contoh: Pihak kerajaan harus mengadakan kempen kesedaran kepada rakyat agar menghayati prinsip rukun negara dengan sepenuhnya. Kempen kesedaran boleh diadakan di semua jabatan kerajaan, sektor swasta dan petubuhan bukan kerajaan (NGO). Pihak yang berkenaan boleh menggunakan media massa seperti televisyen, radio dan laman web yang merupakan wahana utama menyebarkan maklumat kepada semua lapisan masyarakat dari semasa ke semasa.

Tujuan: Tahap kesedaran rakyat tentang peri pentingnya rukun negara dalam kehidupan mereka sentiasa mekar dan subur dalam jiwa mereka.



Rujukan: http://tingkatanenam.blogspot.my/2015/02/rukun-negara-langkah-yang-perlu-di.html